Mungkin kebanyakan kita semua sudah tahu bahawa wujudnya beberapa jenis penyakit yang tidak dilindungi insurans kesihatan, atas sebab-sebab yang tertentu.
Pun begitu, ia mungkin dapat diselesaikan jika penderita penyakit tersebut mula mencarum di dalam insurans penyakit kritikal dan bukan insurans kesihatan biasa.
Apa yang menjadi kebimbangan kini adalah wujudnya beberapa kos perubatan yang mungkin pihak insurans tidak akan biaya! Apakah dia kos yang dimaksudkan ini?
Di dalam polisi majoriti insurans kesihatan di Malaysia, mungkin akan wujud satu pengecualian (major exclusion) terhadap beberapa jenis penyakit yang kronik.
Pengecualian ini akan menyebabkan pemegang polisi insurans kesihatan yang biasa mungkin tidak akan menerima manfaat penuh jika anda mengalaminya.
Penyakit yang tidak dilindungi insurans
Antara jenis penyakit yang tidak dilindungi insurans perubatan yang biasa termasuklah:
- Penyakit organ jantung
- Penyakit buah pinggang
- Kehilangan upaya fizikal
- Kehilangan upaya mental
- Kanser
- Strok
- Koma
Namun, ini bukan bermakna kalian tidak akan langsung menerima manfaat kerana kos perubatan untuk rawatan dan ubatan masih akan dibiaya oleh insurans.
Cuma, ia mungkin hanya akan terhad kepada kos perubatan dan pencarum tidak akan menerima bantuan kewangan berbentuk pampasan yang penuh (lump sum).
Bagi menyelesaikan masalah ini, adalah lebih baik untuk anda yang ada penyakit kronik untuk mencarum di dalam pelan insurans penyakit kritikal.
Kos Perubatan Yang Insurans Kesihatan Tidak Akan 'Cover'!
Seperti yang kami telah nyatakan di atas tadi, pemegang polisi insurans kesihatan yang biasa juga akan menerima manfaat jika berlaku sebarang kondisi pada diri.
Pun begitu, haruslah kalian tahu bahawa tidak semua kos perubatan sama ada dalam bentuk rawatan, ubatan atau pembedahan itu akan dibiayai oleh insurans.
Ini kerana akan ada beberapa perkara dalam aspek kesihatan yang mungkin insurans kesihatan anda itu tidak akan biaya termasuklah:
1. Prosedur kosmetik
Pertama sekali, insurans perubatan anda itu mungkin tidak akan sesekali membiayai kos perubatan untuk anda melakukan sebarang prosedur kosmetik.
Prosedur ini termasuklah pembedahan kosmetik/plastik, rawatan gigi, rawatan mata, berkhatan alat sulit dan sebarang prosedur aspek luaran anda.
Pun begitu, pengecualian ini mungkin akan dipertimbangkan dan dibiayai oleh insurans jika kerosakan itu terjadi akibat kecederaan atau kemalangan.
2. Pelanggaran undang-undang
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan angkara perkara yang melanggar undang-undang, sudah pasti insurans tidak akan membiayainya.
Sebagai contoh, anda mengalami sebarang penyakit akibat penyalahgunaan dadah atau secara sengaja melibatkan diri dalam kemalangan jalan raya.
Akibatnya, segala kondisi kesihatan anda pada waktu selepas pelanggaran undang-undang itu dibuat tidak akan mendatangkan sebarang manfaat insurans.
3. Vaksinasi pelancongan
Ada sesetengah negara dalam dunia ini yang memerlukan anda untuk mendapatkan suntikan imunisasi tertentu sebelum boleh memasuki destinasi tersebut.
Jika anda ingin melancong ke negara tersebut dan ingin mendapatkan vaksinasi, kalian mungkin perlu untuk mengeluarkan duit daripada poket sendiri.
Ini kerana insurans tidak akan menampung kos suntikan vaksinasi tersebut namun sekali lagi ia mungkin tertakluk kepada polisi insurans itu sendiri.
4. Preskripsi tanpa label
Sebarang rawatan dan ubatan perlulah mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu sebelum diberi dan ia adalah sesuatu yang dikenali sebagai preskripsi.
Jika preskripsi tersebut tidak ada preskripsi (off label), maka insurans tidak akan sesekali membiayai sebarang rawatan atau ubatan yang anda sudah atau bakal terima.
5. Teknologi perubatan baharu
Seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, maka akan wujud pelbagai prosedur, rawatan, ubatan dan lain-lain bagi merawat penyakit tertentu.
Pun begitu, anda yang ingin mencuba sebarang teknologi ini mungkin tidak akan dibiayai oleh pihak insurans lebih-lebih lagi jika masih dalam tempoh penyelidikan.
Sebelum membeli dan mencarum dalam mana-mana insurans, ramai orang yang mungkin hanya khuatir dengan penyakit yang tidak dilindungi insurans sahaja.
Hakikatnya, ia bukan sekadar jenis penyakit sahaja kerana wujud juga kos perubatan yang turut tidak dibiayai insurans seperti yang telah kami nyatakan di atas.
Oleh itu, sila lebih berwaspada dan buangkan tanggapan yang berfikir insurans kesihatan itu akan menampung segala kos berkaitan keadaan kesihatan anda ya!
Sumber : hellodoktor.com
Bagus infonya. Semoga kita lebih cakna bab2 insurans ini. Taklah nanti dah bayar beria rupanya insurans tak cover.
ردحذفإرسال تعليق