Langkah-Langkah Kecemasan Jika Berada Di Lokasi Kemalangan


Sekiranya anda melihat atau berada di lokasi kemalangan yang melibatkan kecederaan, ini adalah perkara yang perlu anda lakukan;


Dail 999 dan hubungi pihak penyelamat dengan segera. Bomba dan ambulans akan segera datang membantu. Kenal pasti lokasi anda melalui papan tanda dan landmark berhampiran.


Sekiranya anda berseorangan, dapatkan bantuan beberapa orang yang lain.


Tinjau seluruh lokasi kemalangan. Adakah ia tempat berisiko untuk kecederaan yang lebih teruk ( misalnya tebing tinggi atas jambatan, atas struktur tidak stabil seperti bangunan runtuh, atau di tengah lalu lintas yang laju ) kepada mangsa dan orang yang membantu? Jika ya, tindakan yang sewajarnya berdasarkan situasi perlu dilakukan. Misalnya kawalan lalu lintas dan pemasangan kon di jalan yang sibuk. Jika lokasi mangsa dalam keadaan bahaya misalnya risiko lemas, kebakaran, terjatuh, ditimpa struktur dan seumpamanya - alihkan mangsa dengan berhati-hati.



Jika keadaan selamat, elakkan dari terus mengalih atau mengendalikan kecederaan mangsa kerana ia boleh menjadikan cedera bertambah teruk ( kecuali anda terlatih dalam kemahiran bantuan kecemasan ). Tenangkan mangsa. Longgarkan pakaian seperti helmet ( hati-hati, jangan terlalu banyakkan gerakan lehernya ), tali pinggang, kasut dan stokin.


Rawatan kecemasan hanya dilakukan oleh mereka yang terlatih. Sebagai orang awam, ia sangat bermanfaat untuk anda mengikuti kursus dan belajar tentang asas ini termasuk CPR - jika keadaan pesakit memerlukan.






Jika mangsa sedar dan boleh berkomunikasi, dapatkan butir ringkas seperti nama dan bukti waris terdekat. Rujuk juga identiti pengenalan mangsa. Kumpulkan barang peribadi mangsa yang penting seperti beg tangan dan telefon bimbit.





Beri kerjasama kepada petugas penyelamat apabila mereka tiba. Jangan mengambil kesempatan. Perbuatan mengambil gambar mangsa dan menularkan adalah tidak beretika. Mangsa ketika itu defenceless dan fragile. Bayangkan jika anda di tempat mangsa dalam keadaan yang teruk, mungkin ada bahagian tubuh terdedah ( jika boleh, tutup bahagian tubuh mangsa yang terdedah ), dan sebagainya lalu menjadi tatapan seluruh warga netizen.



Sekiranya sudah cukup orang yang membantu, elakkan daripada menyesakkan kawasan tersebut - terutama jika anda tidak ada sebarang kemahiran atau pengetahuan dalam rawatan kecemasan. Ia menyebabkan keadaan sesak, mengganggu lalu lintas, dan mengganggu keselesaan petugas dan mangsa menjalankan proses rawatan.





Jadi warga yang prihatin dan berpengetahuan dalam rawatan kecemasan. Elakkan daripada menjadi kaki viral atau penonton yang pasif. 




Sumber maklumat :

Buku 26 Himpunan Kes Yang Tak Terlupakan 
Diselenggara oleh Dr. Fahd Radzy



Boleh dapatkan buku tersebut melalui pautan link ini : Kata Pilar








Kongsi info penting ini kepada orang awam.
Terima kasih! 

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم