MySPP ada membuka permohonan Guru DG41 One-Off baru-baru ini. Permohonan tersebut boleh dibuat melalui online bermula pada 7 Julai hingga 21 Julai 2021.
Namun, ada beberapa soalan dan kemusykilan telah muncul sepanjang masa permohonan ini. Persoalan-persoalan tersebut boleh dijawab melalui sumber yang sahih, iaitu dari Ifa Safirah Abd Rahim.
Persoalan yang melibatkan isu emel ke MySPP termasuklah:
- Perlukah hantar emel semula sekiranya tersilap tulis opsyen/ format/nama kelulusan pada emel mohon guru one-off?
Tidak ada sebarang masalah jika berlaku kesalahan seperti yang diatas. Maksudnya, korang tak perlu lagi hantar emel kepada MySPP. Pihak mereka sendiri yang akan merujuk kepada dokumen dan maklumat yang telah dihantar dalam folder Google Drive. Jadi, hanya perlu pastikan korang bagi dokumen yang lengkap dan betul semasa membuat permohonan MySPP ni.
- Apa yang perlu dibuat juka tidak menerima apa-apa maklum balas emel daripada SPP
Pihak MySPP akan menerima beribu-ribu emel sepanjang waktu permohonan. Oleh itu, mereka akan mengambil masa untuk memberikan maklum balas terhadap semua permohonan yang telah dihantar. Untuk kemusykilan ini, korang perlu pastikan yang Gmail memberi kata “Sent” selepas menghantar permohonan. Jika respon yang diberikan ialah “Emel tidak diterima”, baru korang hantar emel tersebut sekali lagi. Emel yang tidak berjaya dihantar akan tersimpan di dalam draft sahaja.
Kalau korang telah menunggu terlalu lama sebab loading ataupun internet tersekat, mungkin korang boleh cuba menjawab beberapa jam kemudian. Ini mungkin berlaku kerana terlalu ramai calon yang membuka laman tersebut untuk membuat permohonan dan berlaku sedikit gangguan. (ini ikut pengalaman sya sama kawan sya, sbb kmi mau isi tpi terlampau loading jdi kmi masuk balik lps beberapa hari baru dapat)
- Kesan jika terhantar emel lebih dari sekali
Pihak MySPP hanya akan memadam mana-mana emel yang terlebih. Jadi, tidak ada apa-apa kesan kalau korang hantar emel lebih dari sekali pun.
Sumber diatas adalah perkongsian daripada saudari Ifa Safirah. Korang boleh rujuk gambar di bawah tentang maklumat yang telah diberikan.
Perlu diingatkan bahawa semua calon perlu membuat permohanan Guru DG41 One-Off sebelum tarikh akhir iaitu, 21 Julai 2021.
Begitu juga dengan kemaskini fail di dalam Google Drive. Kalau korang nak buat sebarang perubahan atau penambahan, boleh buat sebelum 21 julai 2021.
Semoga perkongsian ini dapat menjawab kemusykilan korang.
إرسال تعليق