Jawatan Kosong Pembantu Tadbir GredN19 Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N19
- Kadar Upah : RM 54.00 (sehari). Dibayar mengikut jumlah hari bekerja.
- Tempoh Perkhidmatan : Tiga (3) bulan.
- Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan.
1. SYARAT KELAYAKAN:
i. Warganegara Malaysia berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
ii. Calon hendaklah memiliki Gred A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Gred B dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
iii. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.
iv. Mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft Power Point
v. Calon yang berjaya diterima masuk dan bersetuju menerima tawaran tidak mempunyai perancangan untuk berhenti dalam tempoh masa 3 bulan.
2 . WAKTU BEKERJA:
- Ahad – Rabu : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
- Khamis : 8:00 pagi hingga 3:30 petang
3. CARA MEMOHON:
i. Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
a. Curriculum Vitae (CV);
b. Borang permohonan yang telah lengkap berserta gambar berukuran pasport;
c. Salinan Kad Pengenalan;
d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), salinan sijil tamat pengajian dan salinan sijil-sijil lain yang berkaitan.
Borang permohonan boleh dicetak di capaian berikut :
Semua permohonan hendaklah dihantar melalui melalui e-mel kepada norshalizas@utm.my
Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap. Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak diproses.
4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2021
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat e-mel berikut :
- E-mel : norshalizas@utm.my (Puan Norshaliza Saparman)
إرسال تعليق