RESEPI BOSOU SAYUR VERSI ROPUHAN DI TANAK WAGU
Bosou Sayur merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat tempatan Sabah. Ia merupakan sayur yang telah dijerukkan dengan bahan-bahan khusus. Sesiapa yang ingin mengetahui cara ia disediakan, boleh rujuk pada resepi ini.
BAHAN - BAHAN :
- 450 g kubis yang dihiris nipis.
- 150 g losun dipotong pendek
- 100 g lobak merah dihiris nipis memanjang
- 100 g nasi
- 50 g lada putih ( terpulang berapa sukatan kesukaan anda )
- 15 g isi pangi dikisar atau 1 sudu teh
- 10 g garam ( bergantung pada sukatan saiz hidangan )
CARA PENYEDIAAN :
- Masukkan sekaligus kubis, lobak dan losun. Letak garam. Ramas adunan tersebut hingga menjadi lembik. Tujuannya agar ia cepat menjadi asam.
- Masukkan nasi dan pangi. Adun hingga sebati.
- Masukkan kesemuanya dalam balang bersih. Tutup ketat balang tersebut.
- Hidangan itu akan diperam selama seminggu.
- Boleh juga dimakan mentah tetapi goreng/tumis campur hirisan bawang merah, bawang putih, garam ( sekiranya belum cukup masin ) dan MSG untuk menambahkan lagi rasa sedap.
Untuk demonstrasi cara masak, boleh rujuk pada Facebook rasmi Ropuhan Di Tanak Wagu
Selamat mencuba!
Boleh Tonton Segala Resepi Makanan Tradisi Sabah di bawah ini :
Channel Youtube Rasmi Ropuhan Di Tanak Wagu
Kredit to : Ropuhan Di Tanak Wagu
إرسال تعليق