Assalamualaikum semua.
Korang apa khabar? Aku harap semua baik-baik saja.
Hari ni aku nak kongsi sedikit berkenaan aspek kesihatan dan kebersihan badan, iaitu tentang cara nak hilangkan bau ketiak.
Siapa kat sini yang ada masalah dengan bau ketiak atau badan? Mesti korang rasa insecure sangat kan? Tapi ada juga beberapa individu ni tak berapa peka dengan aspek bau-bau ni. Sehingga boleh buat orang sekeliling rasa tak selesa.
Nak tegur pun susah. Tapi kalau tak tegur, lagilah susah kan?
Baiklah, aku tak nak buang masa sangat. Aku dah senaraikan beberapa cara yang korang boleh gunakan sekiranya mempunyai masalah dengan bau ketiak. Jom kita lihat satu persatu.
Cara Nak Hilangkan Bau Ketiak
1. Cuka Epal
Kalau korang hidu bau cuka epal. Baunya memang agak masam. Tapi, bahan ni dipercayai dapat hilangkan bau dari ketiak dengan berkesan.
Caranya? Korang hanya perlu tuang cuka epal ni ke dalam mangkuk dan gunakan kapas untuk celup ke dalam mangkuk tu.
Selepas tu, sapu di bahagian ketiak korang. Cuka epal boleh digunakan semasa mandi. Hanya perlu sapu cuka epal tu dan letak kat ketiak korang sahaja.
Gunakan 2 - 3 minggu sekali untuk lihat kesannya.
2. Soda Bikarbonat
Kalau rumah korang tak ada cuka epal tu, boleh juga guna soda bikarbonat yang selalu digunakan untuk buat kuih dan kek.
Korang perlu campur soda bikarbonat ni dengan 1 sudu jus lemon ataupun tepung jagung bersama air terlebih dahulu.
Lepas tu baru letak di ketiak korang. Tunggu beberapa minit baru korang bilas. Tapi kalau masa tu cuma ada soda je, jangan risau. Korang campur dengan air sahaja pun boleh.
3. Serbuk Sandalwood
Cara menggunakan bahan ni pun sama macam guna soda tu. Hanya perlu campur serbuk ni dengan air, gaulkan sehingga menjadi pes dan letak di ketiak korang. Tunggu sehingga kering lepas tu bilas dengan air bersih. Siap!
4. Sengkuang
Kalau korang nak tau, sengkuang ni adalah sejenis makanan yang berupaya untuk menyejukkan badan selain boleh hilangkan bau ketiak.
Untuk bahan ni, korang perlu kisar terlebih dahulu sehingga jadi jus dan sapu kat ketiak. Dengar-dengar, ia boleh hilangkan bau ketiak sehingga 10 jam. Belum cuba belum tau kan?
5. Lemon
Lemon ni memang banyak sangat manfaatnya. Salah satunya untuk hilangkan bau ketiak. Caranya sangat senang! Hanya perlu hiris lemon dan sapu kat ketiak korang.
Kalau tak nak guna yang hirisan, korang boleh guna perahan lemon ni dan sapu kat ketiak. Sapukan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
6. Hydrogen Peroxide
Bahan ni selalu korang jumpa kat peti kecemasan atau first aid kit. Caranya, ambik 1 sudu hydrogen peroxide, simpan kat dalam cawan air dan gaul sampai sebati.
Celup guna kain atau tuala bersih dan sapu kat ketiak. Kalau tak nak, korang boleh sapu terus jer kat ketiak.
7. Air Mawar
Bahan ni bahan yang korang boleh beli terus kat kedai dan terus guna. Hanya perlu sapu kat ketiak dan tunggu sampai kering. Siap!
8. Batu Kristal
Bahan ni pula sama macam deodorant. Kalau korang tak suka dengan bahan kimia atau yang ada bau kuat, korang boleh beli ni. Batu Kristal ni ada dijual dalam bentuk sabun dan dalam bentuk deodorant biasa. Cara pakai pun sama macam korang pakai deodorant.
9. Bedak Bayi
Siapa suka guna bedak waktu kanak-kanak dulu? Aku sampai sekarang masih guna bedak sebab wangi! Caranya, korang boleh sapu bedak ni di ketiak korang bila korang rasa ketiak tu dah melekit. InsyaAllah, ia akan kurangkan peluh yang keluar selain mewangikan!
10. Tawas
Tawas ni ada dalam bentuk batuan dan serbuk. Caranya, sapukan air pada tawas dan letak kat ketiak. Kalau korang beli jenis serbuk, hanya perlu campur dengan air, dan sapu kat ketiak sahaja.
11.Limau nipis
Belah limau menjadi dua dan sapu kat ketiak. Tunggu sampai kering baru korang pakai baju. Lebih elok kalau guna limau yang dah disejukkan dalam peti sejuk.
Kesimpulannya
Banyak kan cara yang boleh digunakan? Andai memang ada masalah dengan bau ketiak, korang boleh cuba cara yang ada dalam senarai kat atas ini. InsyaAllah, korang boleh kurangkan dan hilangkan bau ketiak yang selama ni menghantui korang.
Kalau bau dah mula kurang, jangan berhenti terus pula. Cuba praktikkan dari masa ke semasa dan pastikan korang jaga pemakanan dan aktiviti harian korang. Sebab semakin banyak korang berpeluh, semakin kuat bau yang dikeluarkan oleh badan dan ketiak korang.
Oleh itu, korang perlu prihatin dengan penjagaan badan korang sendiri. Pastikan korang mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Sebelum pergi kerja dan selepas pulang kerja. Kalau nak mandi lebih dari 2 kali lebih baik. Lepas dah mandi, baru rasa selesa.
Baiklah, sampai sini saja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat!
إرسال تعليق