Resepi Pengat Yang Lazat Dan Menyelerakan




RESEPI PENGAT KELEDEK UNGU DAN SAGU
( Sumber Jom Belajar Masak ) 

BAHAN - BAHAN :
3 ketul ubi keledek ungu - kupas kulit, potong saiz yang sesuai dan kukus/ rebus hingga empuk.
1 helai daun pandan.
1 biji kepala parut.
4 cawan air masak.
1-2 keping gula melaka.
Sedikit garam.
Gula secukupnya.
2 sudu makan sagu yang direndam terlebih dahulu.

CARA - CARA :
Perah kepala parut dengan menggunakan air masak untuk mendapatkan santan. Masukkan ke dalam periuk bersama -sama dengan daun pandan, sagu, gula melaka, gula dan garam. Masak dengan menggunakan air sederhana.
Sentiasa kacau supaya tidak meruap. Jangan masak hingga mendidih terlalu lama kerana kepala santan mudah terbentuk.
Bila mendidih sebentar dan sagu telah bertukar warna, bolehlah padamkan api.
Masukkan ubi yang telah dikukus ke dalam mangkuk, tuangkan kuah pengat dan sedia untuk dinikmati.



RESEPI PENGAT LABU
( Sumber Jom Masak )

BAHAN - BAHAN :
1 biji labu manis sederhana besar ( dipotong, dibuang kulitnya dan dibersihkan )
1 ikat daun pandan
100 gram biji sagu ( sagu direndam awal 15 minit supaya memudahkan/mempercepatkan proses pengembangan )
Sedikit garam
1 keping gula besar nise @ gula kerek
1 kotak kecil santan pekat ( 200 ml )

CARA - CARA :
Masukkan labu dan isikan air ke dalam periuk. Masukkan juga sagu dan daun pandan. Mulakan proses sehingga labu menjadi empuk.
Setelah labu separuh empuk, barulah dimasukkan gula nise tadi. Sebolehnya jangan masuk awal sebelum sagu mengembang kerana ia akan merencatkan sagu, nanti lambat proses kembangnya. Boleh tambah sedikit gula putih jika ingin rasa lebih manis sesuai selera.
Kemudian, masukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasa kuah dan menambahkan rasa lemak pengat labu.
Akhir sekali, barulah masukkan santan pekat, kacau dan masak selama 5 minit. Kemudian, tutup api. Sedia untuk dihidang. 



RESEPI PENGAT PISANG BERSAGU + JAGUNG SUKATAN CAWAN
( Sumber Nurul Jannah )

BAHAN - BAHAN :
7-8 biji pisang berangan 
1 manguk kecil jagung frozen
1 mangkuk kecil biji sagu
1.3 liter air
2 kotak santan pekat / 2 cawan santan segar
1/3 cawan gula pasir
1 sk garam
3 helai daun pandan ( simpul )

CARA - CARA :
Masukkan air, gula dan biji sagu. Masak hingga biji sagu jadi jernih.
Kemudian, masukkan santan pekat, daun pandan, garam diikuti jagung dan pisang.
Masak hingga sedikit pekat dan tutup api.



RESEPI PENGAT NANGKA
( Sumber Abang Brian )

BAHAN - BAHAN :
7 ulas buah nangka, dihiris
3-4 sudu besar Chek Hup Sugar Cane Rock Sugar
1 ikat daun pandan
Sedikit garam
Santan secukupnya
1/4 cawan biji sagu, dicuci

CARA - CARA :
Panaskan 3 cawan air bersama Chek Hup Sugar Cane Rock Sugar dan daun pandan sehingga gula larut.
Masukkan nangka dan renehkan sehingga isi nangka cukup lembut.
Tuangkan masuk santan dan biji sagu. Perasakan dengan sedikit garam.



RESEPI PENGAT UBI 
( Sumber Suisan Aliezsha )

BAHAN - BAHAN :
Ubi anggaran 3 buah
2 keping gula Anau
1 biji kepala parut ( perah ambil pati saja )
Daun pandan

CARA - CARA :
Bersihkan ubi, potong kecil dan masukkan dalam periuk.
Masukkan seketika bersama daun pandan.
Bila sudah empuk, masukkan santan, gula, Anau biarkan dia cair sendiri.
Letak secubit garam.
Siap masak setelah pengat kelihatan empuk.



RESEPI PENGAT PISANG MANIS BERLEMAK
( Sumber Saleha Maarof )

BAHAN - BAHAN :
Pisang nangka yang lembut 
Biji sagu
Gula melaka
Gula pasir
Santan segar
Susu tin cair
Daun pandan

CARA - CARA :
Didihkan air, masukkan gula melaka hingga cair. Masukkan juga gula pasir ikut selera.
Kepalkan biji sagu, jangan lupa basuh dahulu. Nak tabur pun boleh, terpulang citarasa. Rasa kenyal makan jika dikepul.
Dah masak jernih biji sagu, masukkan pisang yang dah dipotong - potong dan santan segar. Letak juga susu tin cair sedikit untuk lebih berlemak.
Masukkan daun pandan agar bau lebih harum.
Sederhanakan api dapur supaya santan tak pecah. Kacau kuah sehingga mendidih. 
Siap untuk dihidang!



  

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم