4 RESEPI MASAKAN IKAN TALAPIA BUAT SEISI KELUARGA

KOLEKSI MASAKAN IKAN TALAPIA



A) TALAPIA PEDAS THAI

Bahan - Bahan :
  • Ikan talapia - 2 ekor
  • Bawang merah - cincang
  • Bawang putih - cincang
  • Halia - hiris nipis
  • Cili padi merah 5 biji - ikut kepedasan masing-masing, potong
  • Cili padi hijau 5 biji - potong
  • Cili boh - 2 sudu besar
  • Daun limau purut - 3 helai
  • Sos cili Thai - 3 sudu besar
  • Sos ikan - 2 sudu besar
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Limau nipis - ambil jus, 3 biji

Cara Masak :
  1. Salutkan ikan talapia dengan tepung bestari ( pedas ) atau boleh buat macam biasa, iaitu lumurkan dengan garam, kunyit ( ikut citarasa masing-masing )
  2. Panaskan minyak yang banyak biar tenggelam ikan. Bila minyak betul-betul panas, gorengkan ikan sehingga garing, kemudian ketepikan.
  3. Kemudian, tumiskan bahan cincang tadi sehingga sedikit garing, masukkan 2 sudu cili boh. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan sos ikan, sos cili thai dan juga air, kemudian biarkan ia mendidih seketika.
  5. Masukkan bahan perasa, gula dan sedikit garam ( jangan banyak sangat takut masin pula sebab ikan yang disalut dengan tepung bestari dah masin )
  6. Masukkan daun limau purut, jus limau nipis. Masak sekejap bagi kuah sedikit pekat. Sudah ok dengan rasa, boleh tutupkan api.

Siap!

Nota : Biarkan sejuk seketika, baru curahkan kuah ke atas ikan yang digoreng tadi. Barulah dapat efek crunchy ikan talapia. Nak lagi cantik, hiaskan dengan cili potong dan daun sup. Nah, sedia dihidangkan dengan nasi putih panas - panas dengan telur dadar.



B) TALAPIA GORENG ALA THAI
 
Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan talapia
  • 10 ulas bawang putih ( cincang )
  • 10 ulas cili akar merah ( hiris )
  • 2 biji limau nipis ( ambil jus dia )
  • 4 sb sos ikan
  • 2 1/2 sudu gula
  • Daun bawang @ daun ketumbar dihiris - hiris ( dicampurkan dan digaulkan sekali minyak untuk menggoreng )

Cara Masak :
  1. Ikan talapia, basuh bersih.
  2. Kelar, gaul kunyit garam dan goreng hingga garing.
  3. Angkat dan ketepikan ikan.
  4. Guna minyak yang sama.
  5. Tumiskan bawang putih
  6. Bila dah naik bau dan agak kekuningan, masukkan bahan-bahan yang lain.
  7. Tumis hingga masak.
  8. Dah cukup rasa, tutup api.
  9. Curahkan atas ikan yang telah digoreng.



C) RESEPI MIANG PLA PAO ( RESEPI THAILAND )

Bahan - bahan :
  • Ikan talapia
  • Garam
  • Kunyit
  • Tepung Gandum
  • Campurkan semua bahan di atas dan goreng hingga garing

Sambal hijau:
  • Bawang putih
  • Cili hijau
  • Akar ketumbar
  • Gula kabung
  • Sos ikan
  • Limau kasturi
  • Daun ketumbar
  • Tumbuk bawang bersama cili, kemudian masukkan akar ketumbar. Tumbuk hingga lumat. Perasakan garam sos ikan, limau kasturi dan gula. Dah secukup rasa tabur daun ketumbar.

Bahan lain :
  • Bihun
  • Daun salad


D) RESEPI IKAN BAKAR LEMON

Bahan - bahan :
  • 1 ekor ikan talapia segar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat*
  • 1 inci halia ditumbuk lumat*
  • 5 sudu besar sos tiram*
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah*
  • 1/2 biji jus lemon*
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Sedikit garam*
  • Sedikit gula*
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit brokoli

Cara Masak : 
  1. Perap ikan dengan semua bahan * selama 1-2 jam dalam peti sejuk. Kemudian bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib hingga masak. Bila nampak telah masak masukkan lebihan kuah perapan dan tunggu sebentar lebih kurang 6-7 minit baru tutup api.
  2. Brokoli direbus sebentar dan ditoskan. Hidangkan ikan bakar dengan brokoli dan tomato. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah diatas brokoli dan tomato.

Siap dihidang!

1 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم