Siapa sini yang ada masalah kolesterol?
Kolesterol ni sebenarnya penyakit yang selalu dihidap oleh para masyarakat. Terutamanya mereka yang ada masalah berat badan, ataupun daripada keluarga yang memang mempunyai penyakit berkolesteral tinggi.
Simptom / Tanda-tanda Kolesterol
Sebelum tu, mari kita baca dulu tentang simptom dan tanda-tanda kolesteral tinggi ni. Selalunya, kebanyakan individu tak sedar pun kalau mereka ni menghidap kolesterol ataupun tidak. Sampai satu tahap, individu hanya akan sedar selepas
- Terkena sakit jantung, angin ahmar ataupun tekanan darah tinggi.
- Tendon Xanthoma: Ini merupakan benjolan bagi penyakit kolesterol dimana ia akan melekat pada sendi. Tanda ini spesifik untuk individu yang menghidap kolesterol tinggi disebabkan keturunan atau dari keluarga.
- Xanthelasma: Ini pula benjolan yang muncul di sekeliling mata. Tetapi, untuk kepastian, cuba dapatkan nasihat daripada doktor. Sebab, bukan semua yang ada tanda ni, sedang menghidap penyakit kolesterol ya!
Makanan Penurun Kolesterol
Hari ni aku nak kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk mengurangkan penyakit kolesterol ni. Setiap penyakit tu, InsyaAllah ada penawarnya.
1. Buah-buahan (Epal, Anggur, Jeruk, etc.)
Untuk pengetahuan korang, 2 biji epal dalam sehari dipercayai dapat kurangkan kadar kolesterol dalam badan. Pernah dengar ayat “An apple a day keeps the doctor away”.
Maksud ayat ni, kalau korang ambik epal (ataupun makanan yang sihat), ia dapat jaga kesihatan korang dan tak perlu jumpa doktor selalu.
Epal ni ada sebatian yang dipanggil polifenol, dimana ia memberi kesan positif pada kadar kolesterol.
Buah-buahan lain juga boleh dimakan. Makanan ni sangat membantu untuk mencegah penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik lain sebab ada kesan antioksidan dan juga antiradang.
2. Sayur-sayuran
Kalau cakap pasal sayuran, mesti semua korang pun tau dengan kebaikan dan manfaatnya kan?
Sayur-sayuran seperti kangkung, bayam dan sawi dapat menurunkan kolesterol yang tinggi. Adalah lebih disarankan kalau korang menjadikan sayuran hijau ini sebagai makanan wajib.
Sayur-sayuran seperti ini dapat membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam badan. Ia dapat membantutkan pertumbuhan asid hempedu dan membantu badan untuk membuang lebih banyak kolesterol.
3. Ikan berlemak
Contoh ikan berlemak ni termasuklah salmon dan ikan tengiri. Kedua-dua jenis ikan ini merupakan sumber asid lemak omega 3 yang sangat baik untuk mengurangkan kolesterol.
Ikan yang beromega 3 ni juga dapat menurunkan risiko keradangan dan strok. Selain itu, ia dapat melancarkan aliran darah dan menjaga kesihatan jantung.
Kalau sebelum ni korang selalu makan ayam atau daging, cuba gantikan dengan lauk ikan pula.
4. Kekacang
Kekacang yang korang boleh ambil pula ialah seperti almond ataupun walnuts.
Korang boleh juga makan pistachio, pecan, kacang hazel ataupun gajus. Ada orang cakap makan kacang ni boleh buat jerawat naik di muka.
Tapi, kacang ni sebenarnya dapat membantu untuk turunkan kadar kolesterol dalam badan. Ia kaya dengan serat dan dapat mengawal penyerapan kolesterol oleh badan dan seterusnya meningkatkan proses penyingkiran.
5. Coklat gelap
Untuk coklat pula, koko yang ada di dalamnya mengandungi flavonoid, iaitu sebatian yang boleh didapati dalam kebanyakan jenis buah dan sayuran.
Coklat ni ada zat antioksidan dan antiradang di dalamnya yang dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Tapi, jangan makan secara berlebihan.
Cuba ambil dalam kadar sederhana sebab coklat ni kebanyakkannya ada kandungan lemak tepu dan gula yang tinggi. Jadi, kena berpada-pada.
6. Teh hijau
Aku kurang minat dengan teh hijau ni. Selalu minum teh yang biasa tu sahaja. Tapi, kalau korang nak tahu teh hijau ni tergolong dalam makanan penurun kolesterol!
Teh hijau ni ada kandungan antioksidan yang dipanggil catechin, di mana ia sangat bermanfaat kepada kesihatan.
Pengambilan teh hijau ni dipercayai dapat tingkatkan tahap kolesterol secara signifikan. Di mana ia akan kurangkan tahap kolesterol total dan LDL (low density lipoproteins- “bad” cholesterol) tanpa mengurangkan tahap kolesterol HDL (high density lipoproteins – “good” cholesterol).
7. Minyak zaitun
Minyak zaitun juga merupakan sumber lemak tak tepu mono yang berupaya untuk turunkan kolesterol tinggi sekaligus mengurangkan inflamasi pada arteri.
EVOO atau nama panjangnya Extra virgin olive oil selalu digunakan sebagai minyak masak, di mana ia baik untuk menurunkan kolesterol dan juga baik untuk jantung.
Kandungan lemak tak tepu di dalamnya membantu untuk kurangkan kadar LDL dan sangat bermanfaat untuk keseluruhan kesihatan kardiovaskular.
8. Bendi
Mungkin ada antara korang yang kurang minat dengan bendi kan? Termasuklah aku sendiri. Tapi, selalunya makanan yang kita tak makan tulah yang banyak khasiatnya.
Kandungan seperti gel di dalam bendi ni dipanggil sebagai mucigale. Ia dapat membantu untuk turunkan kadar kolesterol dengan mengikatnya semasa proses pencernaan.
Maksudnya, ia akan singkirkan kolesterol melalui najis. Jadi, kalau korang sedang menghidap kolesterol yang agak tinggi, mungkin korang perlu cuba bendi ni pula.
9. Oatmeal
Oatmeal turun membantu dalam menurunkan kolesterol tinggi. Oat ni ada kandungan serat jenis beta glucan dimana ia berfungsi untuk menjaga kesihatan metabolisme badan.
Selain itu, ia dapat menurunkan risiko terkena serangan jantung dan juga strok. Kalau korang nak ambik oatmeal ni, cuba ambik pada waktu pagi.
Jadikan ia sebagai menu sarapan pagi korang. Lagipun, oatmeal ni ada banyak cara buatnya. Kalau korang taknak makan begitu sahaja, cuba tengok resepi ringkas dan sedap di internet pula.
10. Bawang Bombay dan Bawang Putih
Bawang bombay ni berupaya untuk turunkan kadar kolesterol dan risiko terkena penyakit jantung.
Zat di dalam bawang bombay bertindak sebagai antioksidan yang akan membantu mencegah kolesterol dari menyumbat arteri dalam badan.
Begitu juga dengan bawang putih. Ia dapat mencegah sumbatan di pembuluh darah, kurangkan tekanan darah dan sekaligus membantu badan untuk melawan jangkitan.
Jadi, mulai sekarang, cuba masukkan dua bahan ni dalam masakan harian korang pula.
Kesimpulannya
Baiklah kita sudah sampai di penghujung perkongsian. Sebenarnya banyak lagi makanan lain yang korang boleh ambil untuk kurangkan kolesterol dalam badan.
Tapi, yang paling penting adalah korang kena konsisten dalam pengambilan makanan berkhasiat ni. Jangan balik-balik nak cheat day pula. Nanti korang juga yang tanggung akibatnya kan?
Cara lain selain jaga makan? Mestilah dengan mengamalan gaya hidup yang sihat. Cuba lakukan senaman setiap hari.
Kalau korang sibuk bekerja pun, tak bermaksud korang tak boleh jaga kesihatan kan? Cuba atur masa korang untuk lakukan aktiviti fizikal secara berkala.
3 kali seminggu pun dah cukup. Kalau memang tak sempat pun, cuba lah simpan 10 hingga 20 minit untuk bersenam atau jogging. Lepas tu, jaga pemakanan korang dan kurangkan amalan merokok dan alkohol.
Kalau korang jaga semua ni, InsyaAllah badan korang pun akan sihat. Jangan terlalu paksa diri kalau memang tak dapat. Cuba lakukan perlahan-lahan sampai korang terbiasa. Kesihatan tu penting kan?
Baiklah, sekian perkongsian hari ini. Semoga korang semua sihat!
إرسال تعليق