Kos Bersalin di Hospital Kerajaan

Bercadang untuk melahirkan anak di hospital kerajaan, tetapi berapa agaknya kos bersalin hospital kerajaan 2022 ini ya?

Untuk bakal ibu ayah yang sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi, terutamanya berkaitan kos yang perlu disediakan, teruskan membaca perkongsian artikel ini.


Bersalin di hospital kerajaan

Sebelum anda mengetahui bajet untuk bersalin di hospital kerajaan, jom lihat dahulu apakah antara langkah penting yang perlu dilakukan.

Dalam kesibukan melakukan persiapan bagi menyambut kelahiran si kecil – pakaian, katil dan buaian serta pelbagai barangan lain – anda juga harus memikirkan mengenai kos yang perlu disediakan untuk proses bersalin nanti.

Umumnya jumlah kos adalah berbeza mengikut pilihan sama ada untuk bersalin di hospital swasta atau kerajaan serta memilih kaedah kelahiran yang bakal dilalui nanti, seperti bersalin normal, caesarean atau kelahiran normal dengan bantuan.

Melahirkan anak di private hospital pastinya menjadi idaman ramai bakal ibu kerana kelengkapan yang tersedia. 

Namun hospital kerajaan yang ada di Malaysia juga tidak kurang hebatnya – lengkap dengan segala peralatan perubatan dan kakitangan terlatih.

Kos bersalin hospital kerajaan juga biasanya lebih murah berbanding swasta, justeru turut menjadi antara faktor utama pemilihannya sebagai lokasi untuk melahirkan anak.

Biasanya bakal-bakal ibu yang memilih untuk bersalin di hospital kerajaan harus mempunyai buku pink atau buku Rekod Kesihatan Ibu – yang berfungsi merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Jumlah kos bersalin hospital kerajaan 2022

Seperti yang dinyatakan pada awal-awal tadi, bayaran untuk bersalin di hospital kerajaan ini biasanya tidaklah begitu membebankan.

Berikut dikongsikan anggaran kos yang perlu disediakan oleh bakal ibu dan ayah. 

Caj rawatan bersalin:

Jenis Rawatan 

1. Bersalin biasa 
  • Kelas pertama : RM450
  • Kelas kedua : RM150
  • Kelas ketiga : RM10
2. Bersalin kembar
  • Kelas pertama : RM600
  • Kelas kedua : RM200
  • Kelas ketiga : RM50
3. Bersalin dengan bantuan (Forcep/songsang/vakum)
  • Kelas pertama : RM600
  • Kelas kedua : RM200
  • Kelas ketiga : RM50
4. Pembedahan Caesarean
  • Kelas pertama : RM1,200
  • Kelas kedua : RM400
  • Kelas ketiga : RM100

Caj Bilik Prosedur 

Jenis Rawatan 

1. Bilik bersalin (setiap kemasukan) : RM120

2. Dewan bedah (setiap kemasukan) : RM120


Caj Wad Awam

Caj wad sehari per individu :

1. Kelas Satu – Bilik 1 katil
  • Bilik tidak berhawa dingin : RM90
  • Bilik berhawa dingin : RM120

2. Kelas Satu – Bilik 2 katil
  • Bilik tidak berhawa dingin : RM60
  • Bilik berhawa dingin : RM90

3. Kelas Satu – Bilik 3 katil
  • Bilik tidak berhawa dingin : RM45
  • Bilik berhawa dingin : RM60

4. Kelas Dua
  • Bilik tidak berhawa dingin : RM25
  • Bilik berhawa dingin : RM40
5. Kelas Tiga
  • Bilik tidak berhawa dingin : RM3
  • Bilik berhawa dingin : RM3

Apa yang dikongsikan di atas hanyalah anggaran kos bersalin di hospital kerajaan secara umum tidak termasuk caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal, harga sebenarnya akan dicaj kepada bakal parents mungkin berbeza mengikut hospital.

Prosedur Bersalin di Hospital Kerajaan

Kini anda sudah mengetahui kos bersalin yang perlu disediakan dan bolehlah untuk mula merancang hospital pilihan. Sebaiknya lokasi pilihan adalah berdekatan dengan kediaman anda.

Tetapi sebelum itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu ibu hamil fahami. Berbeza dengan hospital swasta, di hospital kerajaan, bakal ibu hanya akan dibenarkan untuk masuk ke wad setelah terdapat tanda-tanda melahirkan anak.

Jika di atas dikongsikan kos bersalin hospital kerajaan, ini pula prosedur yang perlu dilalui:

Pendaftaran

Bakal ibu boleh terus ke unit bersalin dan mendaftarkan diri. Selain daripada beg barangan anda, dokumen yang wajib dibawa bersama adalah:
  • Kad pengenalan atau passport
  • Buku pink
  • Surat rujukan doktor (jika ada)

Pakaian hospital

Selepas pendaftaran selesai, bakal ibu diberikan pakaian hospital berwarna pink dan akan diminta melakukan ujian air kencing.

Pemeriksaan awal

Beberapa prosedur pemeriksaan awal yang perlu dijalani seperti tekanan darah, suhu dan nadi. Anda juga mungkin akan ditanyakan mengenai simptom bersalin yang dialami oleh kakitangan perubatan.

Pemeriksaan serviks

Lebih dikenali dengan panggilan seluk faraj, tujuan ia dilakukan adalah untuk menentukan bukaan serviks – saluran kelahiran, kedudukan bayi dan sebagainya.

Pada dasarnya, pemeriksaan vagina atau vaginal examination (VE) melibatkan doktor untuk memasukkan jari ke dalam faraj bagi mengetahui proses pembukaan serviks atau dalam bahasa mudah, bukaan rahim.

Fasa Kelahiran

Anda akan memasuki fasa kelahiran apabila bukaan serviks mencapai bukaan kira-kira 10cm  – keadaan ini dikenali sebagai pelebaran serviks – dilating – sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

Discaj

Biasanya ibu dan bayi akan dibenarkan pulang selepas tempoh sehari, terutamanya bagi yang melalui prosedur bersalin normal serta tidak mengalami sebarang komplikasi. Ketika inilah pembayaran kos bersalin hospital kerajaan perlu diselesaikan.


Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda disarankan untuk menghubungi terus hospital kerajaan yang menjadi pilihan lokasi bersalin bagi mendapatkan lebih kepastian.

Semoga persediaan anda untuk melahirkan anak nanti akan berjalan lancar!

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم