Photo : Astro Awani
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengadakan sekatan jalan raya ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan 'omnipresence' atau kehadiran polis.
"Langkah ini bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam. Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya terutama di waktu puncak. Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal," katanya.
Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-lancar-sekatan-jalan-raya-24-jam-di-seluruh-negara-393214
إرسال تعليق