Cara Memohon Tapak Untuk Berniaga Air Balang

tips-niaga-air-balang

Baiklah! Tanpa membuang masa, mari kita lihat terlebih dahulu persediaan-persediaan awal yang perlu korang lakukan sebelum boleh berniaga di mana-mana tapak untuk berniaga.

Secara ringkasnya, perkara asas untuk mohon tapak atau permit bazar berniaga adalah seperti berikut:-

1. Dapatkan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan

Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan adalah sijil yang diberikan kepada individu yang telah menyelesaikan kursus pengendalian makanan asas. 

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) di mana-mana institusi yang diiktiraf oleh KKM melalui Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.

Selepas menyelesaikan kursus ini, peserta akan diberikan sijil sebagai pengiktirafan mereka telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengendalian makanan dengan selamat dan mematuhi piawaian kebersihan makanan.

Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan ini penting bagi individu yang bekerja di industri makanan seperti restoran, kafe, hotel, kantin, dan sebagainya. Ia juga menjadi kelebihan tambahan bagi mereka yang ingin bekerja dalam bidang makanan dan minuman atau memulakan perniagaan makanan sendiri.

Kursus Pengendalian Makanan adalah kursus yang diwajibkan kepada peniaga yang menjual makanan atau minuman. Ada Pihak Majlis atau PBT yang tidak menekankan sangat keperluan sijil ini. Ada juga yang tegas.

Sebagai langkah selamat, hadiri kursus tersebut. Banyak input dan pengetahuan mengenai pengendalian makanan boleh dipelajari sewaktu kursus.

Tarikh luput sijil adalah pula seumur hidup. Bayaran untuk Latihan Pengendalian Makanan adalah sebanyak RM50 sahaja untuk sekali kursus. Jangan bazirkan wang anda kalau pengendali kursus letak yuran mahal. 

Tempoh masa kursus adalah tidak kurang dari 3 jam tidak termasuk waktu pendaftaran, rehat untuk makan dan minum. Dan paling penting, pastikan diiktiraf oleh KKM ya!

Setelah tamat kursus korang akan diberi sijil kursus asas pengendalian makanan. Sila simpan dengan baik dokumen ini dan buat 1 salinan untuk dilampirkan bersama-sama borang permohonan tapak berniaga.

Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan

Contoh Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan 
Sumber : https://bersihberseri.com/

2. Mengambil Suntikan Typhoid ( TY)

Mengapa pengendali makanan wajib menerima vaksin Typhoid? Penyakit tifoid lebih dikenali sebagai demam kepialu dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyakit demam kepialu adalah satu penyakit yang boleh membawa maut.

Demam kepialu adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘Salmonella typhi’. Bakteria ini biasanya disebarkan oleh mereka yang dijangkiti atau mereka yang telah sembuh dari gejala tetapi masih mempunyai bakteria di dalam tubuh dipanggil carrier atau pembawa. 

Pesakit demam kepialu atau pembawa bakteria Salmonella typhi ini memindahkan bakteria tersebut kepada individu sihat yang lain melalui beberapa cara.

Fasiliti sanitasi yang kurang baik boleh menyebabkan pencemaran sumber air dengan bakteria ini. Sumber air yang tercemar apabila digunakan bagi penyediaan makanan atau sebagai sumber air minuman menyebabkan bakteria ini disebarkan kepada orang lain dengan mudah.

Tabiat tidak mencuci tangan selepas ke tandas juga memudahkan bakteria ini dipindahkan ke tempat atau pada orang lain. Penyedia makanan terutamanya amat mudah memindahkan bakteria ini ke dalam makanan semasa proses penyediaan sekaligus menjangkiti mereka yang makan atau minum makanan dan minuman yang disediakan.

Suntikan Typhoid
Sumber : https://kursuspengendalianmakanan.com/suntikan-typhoid-pengendali-makanan/


Nak meniaga makanan atau minuman korang WAJIB dapatkan suntikan Typhoid (TY) dahulu. Kalau pemohon atau peniaga pernah dapatkan suntikan tapi dah luput tempoh, perlu dapatkan semula.

Pembantu peniaga juga tak terkecuali dan perlu mendapatkan suntikan Typhoid (TY) untuk berniaga. Kebanyakan klinik swasta ada menawarkan perkhidmatan ini. Klinik yang beroperasi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Local Council kebanyakannya ada menyediakan perkhidmatan ini. Perbezaan adalah dari segi harga.

Suntikan typhoid tersebut serendah RM30 untuk tempoh 1 tahun. Korang juga boleh meminta suntikan typhoid itu untuk 2-3 tahun sekaligus.

Harga suntikan typhoid adalah berpatutan dan senarai klinik yang menyediakan suntikan typhoid boleh diketahui secara atas talian. Individu yang telah menerima atau mengambil suntikan tifoid akan menerima sijil suntikan typhoid sebagai bukti. Penguatkuasa berhak meminta untuk melihat sijil ini untuk memastikan makanan yang disediakan di premis tersebut adalah selamat.

Vaksin typhoid perlu diambil oleh pengendali makanan sebelum mereka mula bertugas atau mula mengendalikan makanan. Suntikan ini perlu diambil setiap tiga tahun sekali, selagi mana mereka terlibat dalam sektor pengendalian makanan.

Doktor akan keluarkan 1 sijil/surat akuan yang mengesahkan bahawa korang telah pun menerima
suntikan typhoid. Di dalam surat akuan atau sijil. Suntikan Typhoid(TY) tersebut ada dicatatkan tarikh luput suntikan. 

Selesai saja menerima suntikan, buat salinan surat/sijil suntikan Typhoid tersebut. Dokumen ini juga perlu dilampirkan sewaktu hantar borang permohonan lesen atau permit penjaja sementara di mana-mana tapak untuk berniaga. 

3. Hantar Borang Mohon Tapak/Permit Niaga 

Biasanya permohonan borang dihantar mengikut tempat masaing-masing. Borang tersebut hendaklah lengkap diisi sebelum dihantar untuk mengelakkan permohonan korang tidak diterima. 

Ada tempat yang mengeluarkan awal borang permit berniaga 3 -4 bulan sebelum Ramadan. Ini khas untuk korang yang mahu berniaga di bazar ramadan. Korang juga boleh salin nombor telefon penganjur yang mengendali event atau bazar. 

Hubungi PBT di tempat masing-masing untuk bertanya dengan lebih lanjut. Kebiasaannya PBT cuma pantau dan beri kelulusan permit bazar kepada penganjur bazar ramadhan yang terpilih.

Senarai penganjur beserta lokasi bazar akan ditampal di papan notis PBT atau di laman web.Korang perlu menghubungi sendiri pihak penganjur event atau bazar untuk mendapatkan borang. 

Jalan yang paling mudah ialah korang hubungi terus bahagian perlesenan pihak majlis daerah masing-masing. Sebaik saja senarai dah ditampal, datang dan salin sendiri maklumat tersebut dari papan notis. 

Dah tau nombor penganjur dan lokasi tapak niaga. Jumpa pihak penganjur dan bayar RM5 untuk satu borang.

Isikan maklumat yang dikehendaki. Jangan lupa fotostat serta kepilkan sijil asas pengendalian makanan dan suntikan typhoid beserta foto berukuran passport. Selain itu, korang perlu menyediakan duit sewaan tapak selama sebulan serendah RM60 dan paling tinggi adalah sebanyak RM800. 

Biasanya kadar harga mahal atau pun murah ditentukan oleh beberapa faktor seperti :
  • Harga RM60-RM90 : saiz petak/tapak gerai 6 X 8 - Tiada kanopi/khemah disediakan.
  • Harga RM200- RM 350 : saiz petak/tapak gerai 10 X 10 - Tiada kanopi/khemah disediakan.
  • Harga RM400 - RM800 : saiz petak/tapak gerai 10 X 10 - Khemah besar disediakan. Peniaga hanya perlu membawa barang jualan dan meja.
  • Harga RM400 - RM800 : saiz petak/tapak gerai 20 X 20 - Khemah disediakan. Peniaga hanya perlu membawa barang jualan dan meja.
(Ianya bergantung dengan tapak sewaan daerah masing-masing)

tapak-berniaga
Sumber : Facebook Klinik Sabah

Status permohonan korang akan dimaklumkan oleh penganjur dalam masa 1-2 minggu selepas borang
dihantar. Jika syarat-syarat cukup dan tapak belum penuh permit niaga akan dikeluarkan.

Permohonan langsung boleh dibuat secara atas talian di laman web majlis daerah masing-masing. Paling penting pastikan di tapak tersebut ada ada kemudahan seperti surau, tandas, ruang parkir dan kawalan lalulintas yang baik. 

Itulah serba sedikit bagaimana nak dapatkan permit berniaga di bazar ramadan. Ingin dapatkan lebih informasi tentang bisnes air balang korang boleh dapatkan ebook Bisnes Air Balang.

bisnes-air-balang


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم